Lean Startup: Sticky Engine of Growth

Engine of Growth yang ini berbeza daripada dua enjin sebelum ini kerana melibatkan dua pihak. Dalam kes ini, bukan produk atau perkhidmatan yang dijual tetapi usahawan menyediakan marketplace(pasar). Contoh marketplace adalah Mudah.my, Lelong.com.my, AppStore dan eBay. Dalam erti kata lain, sticky engine of growth adalah untuk two-sided market.

Mengendalikan two-sided market bermakna berhadapan dengan cabaran ‘ayam dan telur’. Ayam yang datang dahulu atau telur datang dahulu? Marketplace menghubungkan pembeli dan penjual. Pembeli tidak akan datang ke marketplace sekiranya tidak ada barang yang dijual. Penjual pula tidak mahu menjual sekiranya tidak ada pelanggan datang. Maka, mana yang perlu didahulukan? Penjual atau pelanggan?

Tetapi apabila sesuatu marketplace sudah berfungsi dengan baik iaitu mempunyai pembeli dan penjual yang mencukupi (melepasi critical mass) ia akan menjadi sticky. Penjual akan kembali datang menjual dan pembeli akan datang lagi membeli. Kedua-dua belah pihak pula akan membawa lebih ramai penjual dan pembeli. Oleh itu, apabila satu-satu marketplace sudah menjadi dominan ia akan terus membesar.

<< Paid Engine of Growth | Hendak Bermula di Mana? >>