Lean Startup: Viral Engine of Growth
Viral engine of growth bergantung kepada pelanggan untuk membuat sebahagian pemasaran. Pemasaran boleh dibuat melalui lisan, teks (email, internet, SMS, dsbnya) atau memberi sampel kepada prospek. Enjin ini dianggap lestari (sustainable) apabila secara puratanya setiap pelanggan membawa seorang lagi pelanggan baru.
Tupperware adalah contoh klasik dalam hal ini di mana parti Tupperware yang dijalankan oleh wakil menjadi saluran pemasaran utama. Seorang pelanggan Tupperware akan memberitahu 5 hingga 10 prospek lain. Oleh itu kita dapati produk Tupperware berada hampir di semua rumah sedangkan produknya tidak dijual di pasaraya utama.
Oleh sebab itu, ramai pihak mahu memasarkan produk mereka melalui kaedah jualan langsung dan MLM bagi mencapai penguasaan pasaran yang setaraf dengan Tupperware. Namun, lambakan produk MLM dan asakan jemputan pelbagai rakan membuatkan prospek merasa sesak lalu memilih untuk tidak mengendahkan kesemuanya.
Cara lain yang lebih baik adalah mencipta produk yang cukup ‘remarkable’ sehingga pelanggan secara sukarela memberitahunya kepada rakan-rakan mereka tanpa dijanjikan sebarang komisen. Melalui kaedah ini, produk itu sendiri adalah pemasarannya.