Maklumat Pelanggan Adalah Hak Anda!
Katakan anda mempunyai Facebook page yang mempunyai 10,000 fans. Tiba-tiba anda mahu bertukar menggunakan Google+ Page kerana iklan di Facebook sudah menjadi terlalu mahal. Adakah anda dapat memindahkan kesemua fans ke Google+? Tentu sekali tidak boleh. Bahkan anda tidak mempunyai alamat emel 10,000 fans itu sekali pun! Anda harus bermula semula dari bawah.
Kami membina RoketSMS dengan kepercayaan bahawa usahawan berhak mendapat akses terus kepada pelanggan dan menyimpan maklumat pelanggan mereka. Tiada sekatan untuk para usahawan yang menggunakan RoketSMS untuk copy & paste maklumat yang terkumpul dalam app. Kelak, kami juga akan menyediakan fungsi untuk download kesemuanya dalam satu file.
Anda bebas untuk memindahkan maklumat tersebut ke aplikasi lain. Paling tidak, anda boleh pindahkan ke dalam smartphone anda dan SMS secara manual. Apa yang penting adalah anda menjaga perhubungan dengan pelanggan dan buatkan mereka gembira untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Kami sebagai pencipta web app RoketSMS berhasrat untuk memudahkan anda dan bukannya mengongkong komunikasi anda dengan pelanggan.
RoketSMS sudah mempunyai pelanggan awal yang telah pra-daftar sejak awal kempen. Mereka yang baru pra-daftar pula akan diberikan akses pada minggu hadapan sebelum RoketSMS dibuka kepada umum. Tuan-tuan boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang RoketSMS dan pra-daftar di link ini.