Mengapa Edgecraft?

Saban hari pelbagai produk dan perkhidmatan baru dilancarkan. Masing-masing cuba membawakan sesuatu yang baru dan peningkatan ciri-ciri yang berbeza. Ada yang lebih cantik, lebih berkuasa, lebih mudah dan yang paling kerap dicanang adalah lebih murah.

Namun, inovasi-inovasi kecil ini selalunya gagal menembusi pasaran. Apabila dihujani dengan pelbagai pilihan, pengguna biasanya kekal dengan apa yang mereka sudah biasa gunakan. Mereka tidak mahu bertukar untuk sesuatu yang sedikit lebih kecil, lebih cantik, lebih berkuasa atau lebih mudah. Sekiranya mereka membeli pun, mereka tidak akan bercerita kepada orang lain.

Usahawan perlu membawa produk yang betul-betul ‘remarkable’, yang jauh berbeza daripada apa yang sudah ada di dalam pasaran. Tetapi bagaimana usahawan hendak menciptanya? Adakah memerlukan R&D? Atau perlukah brainstorm dengan tim kreatif? Atau panggil konsultan?

Edgecraft membolehkan usahawan berinovasi seorang diri melalui satu kaedah yang sistematik dan seterusnya memilih segmen pelanggan yang paling responsif.

Sepanjang minggu ini kita akan sama-sama lihat apa itu Edgecraft dan kaedahnya, InsyaAllah.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.