Mengapa Positioning?
Positioning adalah perkara dasar yang perlu dilakukan sebelum memulakan branding, marketing dan sebagainya. Kata kuncinya adalah mendapatkan tempat dalam minda pelanggan.
Positioning boleh dilakukan untuk produk, perkhidmatan, syarikat atau individu. Tanpa positioning, produk akan terawang-awang dalam pasaran dan hanyut dalam arus iklan serta promosi.
Masyarakat kini sudah diasak dengan iklan bersilih ganti dan setiap ruang peribadi juga diceroboh oleh iklan. Malah, dalam bilik air pun ada iklan! Jadi bagaimana hendak mengatasi arus iklan yang membanjiri masyarakat? Positioning memberikan platform kepada usahawan untuk mengatasi banjir ini.
Bermula esok kita akan lihat apa itu positioning dan konsep-konsep utamanya, InsyaAllah.