Mengapa Tidak Mohon Geran?
Bila sebut sahaja hendak buat projek animasi, antara soalan popular adalah “Mohon geran tak?”
Saya sengaja tidak memohon sebarang geran bagi projek ini:
- Saya tidak mahu disibukkan dengan proses memohon geran yang panjang dan berjela-jela.
- Tiada sebarang jaminan akan dapat duit, kalau buat sendiri ada juga hasilnya.
- Kalau dapat duit pun, bukannya dapat selepuk setengah juta atau sejuta. Macam-macam kerenah birokrasi lagi yang harus dilayan.
- Anak cepat membesar, saya tidak ada masa untuk tunggu dapat duit baru hendak buat konten Islamik untuk kegunaan anak sendiri.
- Persoalan pokok kejayaan projek animasi adalah mencipta watak dan cerita yang disukai audiens sasaran. Itu boleh dibuat menggunakan duit sendiri dan tidak ada kaitan antara jumlah wang modal dengan watak animasi yang meletup.
Mahu mengikuti perkembangan lanjut projek animasi Meo & Mama? Mohon like page kami di Facebook serta subscribe channel kami di YouTube.