Mengapa Ulangsiar?

Ramai percaya hanya konten baru boleh digunakan dalam kempen pemasaran online. Oleh itu, ramai yang pecah kepala saban hari memikirkan apa yang hendak disiarkan kepada FB Fan, Twitter Follower dan sebagainya. Anda sudah bersusah payah menghasilkan konten tersebut, mengapa tidak ulangsiar bagi memaksimumkan potensinya?

Audiens Baru

Semasa kita pertama kali menyiarkan konten tersebut kita mungkin hanya ada 100 fan, tetapi kini ada 1000 fan. Ini bermakna 900 orang tidak pernah membacanya. Mengapa harus dibiarkan begitu sahaja?
Setiap post baru FB page sekarang selalunya hanya dilihat oleh 20 peratus fan, 80 peratus lagi sangka kita tidak ada update baru. Ulangsiar bagi berhubung dengan mereka tanpa membayar kepada Facebook untuk boost post!

Timing
Adakalanya waktu kita pertama kali menyiarkan konten, audiens kita masih belum bangun atau sudah tidur. Apabila mereka buka Facebook atau Twitter, sudah banyak entri orang lain sudah berada di atas. Sekiranya kita ulangsiar sewaktu mereka melayari laman sosial mereka, kita mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapat perhatian mereka. 
Eksperimen
Headline konten anda yang asal mungkin tidak cukup catchy, maka anda boleh ubah dan siarkan semula. Gambar juga boleh diubah atau ditambah. Konten juga boleh diulangsiar dalam bentuk lain seperti rakaman audio, video atau infografik.