Nota Filmmaking Episod 10

Texture

Bila kita masuk ke sesuatu tempat atau mengalami sesuatu peristiwa, mata kita sebenarnya mencerap banyak benda. Suasana, orang, perabot, warna, bau, bunyi dsbnya. Perkara tersebut berlaku secara automatik dan diproses oleh minda kita.

Namun bila membikin filem kita mudah terlupa penonton hanya lihat apa yang dirakam oleh kamera. Jadi apa yang selalu berlaku adalah kita hanya merakam perkara-perkara yang ‘obvious’ sahaja. Ini menjadikan visual filem tersebut biasa-biasa sahaja kerana kekurangan maklumat visual.

Oleh itu, ‘texture’ perlu dirakam bagi menarik penonton masuk ke dalam dunia filem kita. Shot-shot tambahan perlu dibuat bagi menambah ‘depth’ & ‘detail’ ke dalam visual filem.

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.