Nota Filmmaking Episod 3

Nota Filmmaking Episod 3

Bagaimana Anda Menceritakan Sebuah Kisah?

Premis

Anda bermula dengan premis – iaitu idea asas filem anda. Sebagai contoh premis filem Lord of the Rings adalah Frodo mahu ke Mount Doom untuk memusnahkan cincin tersebut. Itulah perkara yang menggerakan filem tersebut walaupun Frodo dan rakan-rakannya bergerak ke sana sini, pusing entah ke mana serta pelbagai rintangan lain.

Tidak kira apa pun babak yang ditambah ke dalam sesebuah filem, semuanya menyokong satu premis yang sama.

Perkara paling penting adalah struktur bagi membolehkan kisah tersebut menjadi kukuh dan dapat diikuti audiens. Ada beberapa struktur yang boleh diikuti:
1. Basic 3 Parts Story
2. 4 Acts Structure
3. 12 Steps Hero Journey

Cerita yang bagus lebih penting berbanding sinematografi yang bagus. Cerita yang bagus dirakam menggunakan smartphone akan mengalahkan cerita yang hampeh dirakam menggunakan kamera 4K.

Simplify! Mudahkan!

Anda tidak akan berada dengan audiens untuk menerangkan kepada mereka. Mulakan dengan sesuatu yang kecil dan pastikan audiens memahaminya. Kemudian tambahkan lagi apabila anda sudah pasti mereka memahaminya.

Jangan seronok sangat untuk masukkan segala yang anda suka ke dalam filem. Adakalanya memotong dan membuang itu perlu. (Malah itu yang lebih banyak perlu dilakukan!)

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.