Penguasaan Pasaran No. 1
Menurut Jack Trout dan Al Ries, pemain no. 1 industri akan menguasai 2 kali ganda berbanding pemain no. 2. Pemain no. 2 pula akan menguasai 2 kali ganda berbanding pemain no. 3. Sebagai contoh, pemain no. 1 dapat menjual 4 unit dan pemain no. 2 pula dapat menjual 2 unit. Pemain no. 3 pula hanya akan dapat menjual 1 unit.
Dalam bentuk peratusan pula pemain no. 1 akan menguasai hampir 60 peratus, diikuti 25 peratus oleh pemain no. 2 dan hanya 15% oleh pemain no. 3. Pemain no. 4 dan seterusnya? Jawabnya hanya tinggal sisa-sisa.