Permission Marketing: Perancangan
Permission Marketing memerlukan perancangan dan usaha yang sedikit lebih berbanding mass marketing. Mass Marketing cukup dengan satu iklan dan ditebarkan kepada seberapa ramai orang. Lebih mudah dikatakan, mass marketing adalah ibarat peluru tabur. Kalau ada yang terkena, nasiblah.
Permission Marketing tetap menggunakan mass marketing pada peringkat awal namun selepas itu penjual harus bersedia untuk terus ‘berbual’ dengan prospek. Perlu ada ‘silibus’ bagi perbualan tersebut supaya kempen pemasaran menjadi berstruktur dan teratur.
Tetapi bagaimana pula apabila dalam perbualan dengan prospek kita mendapati keperluan prospek adalah berbeza daripada apa yang kita tawarkan? Mudah sahaja, beritahu prospek di mana dia boleh mendapatkan apa yang dicari.