Permission Marketing: Sinergi One-to-One Marketing & Mass Marketing
Mass marketing (merah) cuba untuk mengasak seberapa ramai prospek dengan sebanyak mungkin maklumat dengan harapan untuk menjadikan mereka sebagai pelanggan. Namun kadar kejayaan strategi ini rendah kerana prospek tidak suka diganggu dan mereka mungkin keliru dengan terlalu banyak maklumat yang diasak kepada mereka.
Strategi permission marketing (hijau) pula memecahkan proses marketing dan penjualan kepada beberapa peringkat. Pada peringkat pertama, penjual hanya mahu memperkenalkan diri dan berharap pelanggan ‘angkat tangan’ bagi mengetahui lebih lanjut. Setelah pelanggan ‘angkat tangan’ dan memberi keizinan barulah penjual memulakan perbualan dan mendapatkan maklumat lanjut tentang keperluan prospek. Melalui cara ini, prospek hanya mendapat maklumat yang relevan dengan mereka dan meningkatkan kemungkinan mereka menjadi pelanggan.
Bagi membuatkan prospek ‘angkat tangan’, penjual harus memberi ‘umpan’ yang sesuai. ‘Umpan’ itu juga harus relevan dan bernilai kepada prospek bagi memulakan perbualan yang baik.