Resipi Puding Roti Nenek Jengka
Bahan-Bahan
- 6 keping roti putih
- Satu tin susu cair
- Gula secukup rasa
Cara Memasak
- Kisar semua bahan
- Kukus sehingga masak
Resipi ini dijumpai dalam buku nota bertarikh 31 Disember 2006, bermakna sudah hampir 15 tahun. Buku nota nenek yang saya salin pula entah berapa puluh tahun lamanya.
Sangat bersyukur kerana ada catitan kerana sekarang ini tidak berpeluang untuk berjumpa nenek. Jika dapat berjumpa sekalipun beliau sudah kurang sihat dan agak pelupa. Belum tentu beliau dapat jumpa di mana buku resipi beliau.
Apapun, dalam percubaan pertama saya hanya letak sekitar 3 sudu besar gula, agak kurang manis tapi dah ok untuk dimakan. Tekstur lembut dan mesra kanak-kanak tetapi warnanya kurang menarik. Mungkin harus buang dulu bahagian kerak roti supaya tinggal bahagian putih sahaja. Kalau mengikut sifat nenek saya yang berhalus bila memasak maka itu langkah yang wajar untuk diambil.