Sama Tetapi Tak Serupa
‘Play To Win’
‘Play Not To Lose’
Entah mengapa, kedua-dua frasa itu terngiang-ngiang di fikiran saya sepanjang cuti hari raya. Saya tidak pasti di mana kali pertama saya bertemu frasa tersebut. Kemungkinan besar frasa tersebut saya temui semasa menterjemah buku Rich Dad Poor Dad.
Kedua-duanya bermaksud hampir sama – Play To Win (Bermain Untuk Menang) dan Play Not To Lose (Bermain Untuk Tidak Kalah). Menang sama dengan Tidak Kalah bukan? Namun adakah Tidak Kalah sama dengan Menang?
Setelah berfikir-fikir, saya mendapati kata-kata tidak cukup untuk menerangkan perbezaan kedua-dua frasa ini. Maka, saya lukiskan ilustrasi di bawah:
Apa pendapat tuan-tuan? Adakah jelas perbezaannya atau tuan-tuan ada pandangan lain?
Esok kita akan kembali mengikuti topik Permission Marketing dalam bahagian 5 Tahap Keizinan, InsyaAllah. Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas Model Bisnes kepada Pelan Pemasaran pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi.