Strategi & Taktik
Buku Strategi: Lean Startup & Buku Taktik: Running Lean |
Buku Strategi menerangkan teori dan prinsip manakala Buku Taktik menerangkan teknik dan tips. Kedua-duanya berguna untuk usahawan namun untuk jangkamasa panjang Buku Strategi adalah lebih penting untuk dihadam. Menguasai teori dan prinsip membolehkan usahawan menghasilkan taktik dan teknik tersendiri mengikut keperluan.
Buku Taktik memberikan contoh bagaimana teori dan prinsip diaplikasikan. Contoh memudahkan usahawan meniru dan membuatnya sendiri. Dalam masa yang sama perubahan teknologi dan perbezaan budaya mungkin menjadikan contoh tidak relevan buat usahawan.
Buku Strategi: Permission Marketing & Buku Taktik: The Referral Engine |
Buku Strategi membolehkan seseorang menjadi pakar sebenar dan mampu bertindak dalam pelbagai keadaan. Ramai yang mengaku pakar namun sebenarnya hanya menguasai koleksi taktik. Oleh itu, ‘Pakar Celup’ datang dan pergi mengikut angin lalu.
Setakat ini, dua Buku Taktik yang bagus adalah Running Lean oleh Ash Maurya dan The Referral Engine oleh John Jatsch. Kedua-dua buku ini menerima endorsement daripada pengarang Buku Strategi yang berkenaan. Namun, pemahaman menyeluruh tetap datang daripada membaca kedua-dua Buku Strategi dan Buku Taktik.