The Lean Startup: Usahawan Ada di Mana-mana!
Prinsip pertama dalam kaedah Lean Startup adalah mengiktiraf bahawa usahawan ada di mana-mana dan tidak terhad kepada mereka yang memulakan bisnes sendiri sahaja. Ramai eksekutif dalam syarikat sebenarnya adalah usahawan apabila mereka membawa produk dan perkhidmatan baru ke pasaran.
Aktivis NGO juga adalah usahawan apabila dia mencipta kaedah baru untuk mengutip dana. Juga apabila dia memulakan kempen kesedaran yang menjangkau audien yang besar.
Gelaran usahawan tidak mengira usia, jantina, bangsa dan pangkat. Kata kuncinya – mengusahakan sesuatu yang baru; lebih-lebih lagi dalam keadaan serba kekurangan.