Getting Real: The Three Musketeers

Gunakan pasukan tiga orang bagi membina Versi 1.0

Bagi versi pertama app anda, mulakan dengan hanya tiga orang. Itulah angka magik yang akan memberikan anda cukup tenaga kerja tetapi dalam masa yang membolehkan anda kekal ringkas dan tangkas. Mulakan dengan developer, designer dan sweeper (seorang yang fleksibel dan boleh mengambil peranan kedua-duanya).
Ya, tentu sekali amat mencabar untuk membina app dengan hanya beberapa orang. Namun sekiranya anda mendapat pasukan yang betul, ia sangat berbaloi. Orang berbakat tidak memerluka begitu banyak sumber. Mereka hidup dengan cabaran berkerja dalam kekangan dan menggunakan kreativiti mereka untuk menyelesaikan masalah. Kekurangan kakitangan bermaknan anda perlu menangani kompromi lebih awal dalam proses – dan itu tidak mengapa. Ia akan menyebabkan anda menentukan keuatamaan lebih awal. Anda juga boleh terus berhubung tanpa risau meninggalkan sesiap.
Sekiranya anda tidak boleh membina versi pertama dengan tiga orang, maka jawapannya sama ada; 1. Anda perlukan orang yang berbeza. Atau 2. Anda perlu mengecilkan skop versi pertama. Ingat, tiada masalah memastikan versi pertama kecil dan ringkas. Anda akan pantas dapat melihat sama ada idea anda boleh pergi jauh. Sekiranya ya, anda mempunyai asas yang mudah untuk dibina.
Metcalfe’s Law dan Pasukan Projek
Pastikan pasukan kekal sekecil yang boleh. Metcalfe’s Law menyatakan; “Nilai sistem komunikasi berkembang pada kadar kuasa dua pengguna sistem.” Sebaliknya juga berlaku kepada pasukan projek. Ketangkasan pasukan adalah 1 per kuasa dua jumlah ahli pasukan. Mulakan dengan mengurangkan bilangan orang yang anda rancang untuk tambah, dan kemudian kurangkan lagi.
Marc Hedlund, usahawan residen di O’Reilly Media
Aliran Komunikasi
Aliran komunikasi adalah lebih lancar dalam pasukan kecil berbanding pasukan besar. Sekiranya anda adalah satu-satunya ahli projek, komunikasi menjadi mudah. Saluran komunikasi hanyalah antara anda dengan pelanggan. Semakin ramai ahali pasukan, begitu juga dengan bilangan saluran komunikasi. Bilangannya tidak bertambah secara linear tetapi sebaliknya bertambah secara eksponensial.

Steve McConnell, Chief Software Engineer, Construx Software Builders Inc

Ikuti artikel lebih mendalam tentang bisnes yang lebih mendalam di Rumbia.my