Tiga Perkara Menarik Dari The Corporate Blogging Book

1. Global Microbrand

Jenama global mikro – bunyinya seperti satu istilah yang ‘melawan’ diri sendiri. Sebenarnya istilah ini merujuk di mana kedai-kedai dan syarikat-syarikat kecil boleh mendapat pendedahan global melalui blog. Buku ini memberi contoh J.D. Iles yang mengendalikan syarikat papan tanda di New Hampshire, US. Beliau menulis blog pada setiap pagi menunjukkan karya-karya terbaru dan barang-barang baru. Blog tersebut membolehkan sesiapa sahaja dari seluruh dunia melihat hasil kerja beliau, menjadi peminat beliau lalu membuat tempahan.

2. Thought Leadership

Blog juga dapat menjadi medium untuk seseorang menjadi pemimpin pemikiran dalam sesuatu bidang. Seth Godin adalah contoh terbaik bagi kategori ini. Rekabentuk blognya yang polos sangat berbeza dengan blog ‘buat duit’ yang lain. Sebaliknya beliau fokus kepada pembinaan reputasi melalui tulisannya. Itu yang

Bagi konteks tempatan pula, blog Pn. Ainon Mohd adalah satu contoh blog tought leadership bagi industri yang spesifik.

3. Blog ‘hobi’ juga dapat menarik pelanggan

Sebagai menyokong laman web utama syarikat, blog ‘hobi’ atau minat peribadi juga dapat menjadi satu tarikan tersendiri. Sebagai contoh, John Nardini adalah Timbalan Presiden syarikat Denali Flavors yang menghasilkan pelbagai bahan perisa untuk industri tenusu. Blog korporat tentang perisa aiskrim dan industri tenusu gagal tetapi sebaliknya blog tentang kewangan peribadi yang berjaya.

Walaupun terang-terang mengatakan beliau bukanlah seorang perunding kewangan yang bertauliah, blog tersebut tetap berpengaruh dan pernah disebut dalam Wall Street Journal. Trafik ke laman utama juga meningkat 25 peratus hasil link daripada blog tersebut.

Kesimpulannya, apa yang penting adalah penulis blog itu harus mempunyai hubungan dengan audiens. Blog korporat bukanlah dibuat untuk menjadi ‘cool’ tetapi untuk berhubung dan membina pengaruh.