Tipping Point: Stickiness
Dalam sebuah epidemik sosial, mesej itu yang merupakan virus – atau dalam kata lain virus idea. Dalam biologi, virus hanya boleh tersebar sekiranya virus itu mampu ‘melekat’ pada hos dan berpindah ke hos lain. Begitu juga dalam Tipping Point, The Law of the Few telah menerangkan tentang jenis-jenis individu yang berpotensi tinggi memviralkan idea tetapi tanpa mesej yang ‘melekat’ dan ‘melekit’ penyebaran juga tidak akan terjadi.
Contoh mesej yang ‘sticky’ adalah tagline-tagline iklan. Sebagai contoh, rakyat Malaysia tahu benar akan frasa ‘Macam-macam ada’ dalam kempen iklan Astro. Terdapat juga mesej iklan yang berakar menjadi semacam perumpamaan contohnya ‘sekejap ada sekejap tiada macam biskut’. Frasa itu datang dari iklan Chipsmore. Kedua-dua frasa tersebut kekal berlegar walaupun iklan tersebut tidak ditayangkan lagi.
Esok kita akan lihat pula tentang Power of Context, InsyaAllah. Sekiranya tuan-tuan mahu mendapat sambungan entri ini pada hari-hari berikut secara terus ke inbox, langgan blog ini melalui kotak di bawah:
Masukkan emel tuan:
Dikuasakan oleh FeedBurner