Ucaptama Sheikh Afifudeen al-Jilani

Berikut adalah beberapa isi penting yang sempat dicatat daripada ucaptama Sheikh Afifudeen al-Jilani yang membuka Creativity & The Spiritual Path Edisi ke-6 di Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur.

Semua orang mempunyai seni dan keunikan tersendiri di sebalik kelemahan masing-masing. Malah, kelemahan itu juga unik untuk mereka.

Ramai orang terlepas peluang, namun peluang tidak pernah lepas daripada melintasi semua orang. 

Kita semua adalah istimewa dan mempunyai sesuatu yang perlu kita lakukan.

Terdapat lebih daripada 1,200 tafsir al-Quran. Setiap hari ada sahaja permata-permata dan mutiara-mutiara baru yang ditemui. Ini memerlukan kreativiti dan ada ruang untuk semua orang.

‘Ulama’ suka menggunakan perkataan ‘haram’ & ‘bidaah’ bagi memutuskan harapan dan menghalang laluan. Jangan dengar kata-kata mereka yang menghalang anda asalkan apa yang anda lakukan itu membawa kepada keredhaan Allah s.w.t. 

Beliau mengakhiri ucaptama beliau dengan ungkapan berikut.

“Don’t let me wander from Your love. If I lost myself let me found myself with You.”