Apa Itu Tips?

Tips adalah adalah trik atau ‘hint’ dalam melaksanakan sesuatu taktik. Jika strategi adalah pandangan keseluruhan dan taktik sebagai laluan spesifik, tips pula ada jalan pintas atau shortcut atau rahsia bagi laluan tertentu.

Sebagai contoh, strateginya adalah Permission Marketing dan taktiknya adalah menggunakan borang Google Docs. Tipsnya adalah mengaktifkan data validation bagi memastikan emel yang dimasukkan adalah sah. Jika emel tidak sah, pengguna tidak dapat submit borang tersebut.

Tips ini tidak terapakai bagi taktik lain seperti menggunakan Aweber kerana fungsi ini memang sudah sedia diaktifkan. Strategi lain yang tidak mengumpulkan data prospek juga tentu sekali tidak relevan dengan tips ini.

Ramai yang obses mencari ‘rahsia-rahsia’ ini tanpa memikirkan taktik apa pun yang hendak digunakan. Mereka percaya inilah yang diperlukan untuk mencapai kejayaan sedangkan sekadar mengumpul tips tidak memberi arah yang jelas dalam bisnes.

Ramai yang mengaku pakar sebenarnya hanya menabur tips kepada audien dari atas pentas. Mereka ini ibarat memberi nasihat sekiranya terjumpa ular di tengah jalan harus ditangkap supaya dapat dijual di akhir perjalanan. Nasihat diberi tanpa mengira bahawa bukan semua ular berharga untuk dijual. Lebih bahaya lagi, banyak ular yang tidak patut diganggu langsung kerana sekali patuk pantas mengundang maut!