Bagaimana Mencipta UX Yang Hebat?

Apabila kita melihat sesuatu produk dengan UX yang hebat, kita sebenarnya hanya melihat Surface atau Permukaannya. Sebenarnya terdapat empat lagi lapisan di bawahnya yang menjadi batu asas UX. Lapisan tersebut adalah:

  1. Surface (Permukaan)
  2. Skeleteon (Rangka)
  3. Structure (Struktur)
  4. Scope (Skop)
  5. Strategy (Strategi)

Sebagai contoh, para pelanggan hanya lihat siri buku Chef Hanieliza laku dijual di Mydin. Itu baru surface, zahirnya.

Paling mendasar, PTS memilih strategi Tribe iaitu mencari chef yang memang sudah ada pengikutnya tersendiri. Blue Ocean Strategy dan Long Tail turut digunakan dalam memasuki pasaran.

Dari segi skop pula Jabatan Marketing PTS membuat ‘kajian pandang-pandang’ tingkah laku pengunjung hipermarket membeli-belah:

  1. Siapa yang paling banyak membeli-belah di hipermarket? > Perempuan sudah berkeluarga
  2. Apa yang mereka beli? > Bahan makan dan barang rumah

Resepi yang dimuatkan pula hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di kedai-kedai runcit. Tiada bahan-bahan ‘fancy’ yang hanya boleh dijumpai di kedai-kedai tertentu.

Kemudian, tim editorial PTS bersama Chef Hanieliza merancang struktur buku iaitu apa isi kandungannya. Fotografer pula merancang sesi fotografi dan stail apa yang hendak digunakan.


Pada tahap Skeleton atau Rangka, tim editorial sudah menghasilkan draf buku dan cover. Itu akan dibincangkan lagi bersama Tim Sales & Marketing. Beberapa pilihan cover juga akan  diberikan sebelum satu yang terbaik akan dipilih. Setelah beberapa perubahan dibuat mengikut keperluan, barulah buku dihantar ke kilang untuk dicetak.