Buang Peraturan Ini: Semua Mesti Ikut Buku Teks Yang Sama!

Di sekolah, kita semua harus mengikut buku teks yang sama. Hanya jawapan dari buku teks yang diterima walaupun ada buku lain yang lebih tepat dan terkini. Ini menyebabkan kebanyakan pelajar hanya membaca buku teks. Itu pun hanya bahagian yang masuk dalam peperiksaan!

Sikap ini sangat bahaya apabila terbawa-bawa ke dalam dunia bisnes. Mereka percaya hanya ada satu cara untuk buat bisnes. Mesti ikut kursus Mara, ambil pinjaman, buat produk, iklan di akhbar dan memasarkannya di ekspo-ekspo anjuran agensi kerajaan. Padahal banyak perkara dalam ‘buku teks’ keusahawanan ‘rasmi’ sudah tidak relevan dan ada yang berbahaya.

Usahawan perlu terbuka bahawa ada banyak kaedah membina bisnes yang berjaya. Baca buku dan majalah bagi mendapat maklumat tentang perkembangan dunia bisnes. Jika tidak sempat, bayar mereka yang banyak membaca untuk memberi input kepada anda. Lebih penting lagi, luangkan masa untuk bereksperimen dengan kaedah-kaedah baru bisnes.