Business Model Canvas: Key Partnership

Blok seterusnya dalam Business Model Canvas adalah Key Partners atau Rakan Utama. Terdapat tiga motif mendapat rakan niaga iaitu:

Economy of Scale

Bagi motif ini, peniaga mahu mendapatkan kuasa pembelian yang lebih besar bagi mengurangkan kos. Sebagai contoh, McDonalds Malaysia yang mempunyai ramai franchisee dapat membeli bahan mentah pada harga yang lebih murah kerana mereka dapat membeli secara pukal.

Risk Reduction (Pengurangan Risiko)

Berbeza dengan Kumpulan Karangkraf, PTS Publication tidak mempunyai unit percetakan sendiri. Kos membeli dan mengendalikan mesin pencetak adalah sangat mahal. Overhead yang tinggi dapat memberi kesan buruk kepada operasi syarikat. Tambahan pula, kepakaran yang diperlukan juga sangat berbeza. Buku mungkin tersalah cetak dan mesin boleh mengalami pincang tugas. Oleh itu, bagi mengurangkan risiko operasi dan kewangan, adalah lebih baik bagi PTS menggunakan khidmat syarikat pencetak.

Acquisition of Resources & Activities (Pemerolehan Sumber & Aktiviti)

Sebagai contoh, sebuah syarikat pembinaan boleh mempunyai sebuah syarikat perlombongan batu sebagai rakan niaga. Ini akan memberinya bekalan terus pada harga yang lebih murah dan konsisten. Kerjasama ini dapat memberikan kelebihan yang signifikan terutamanya bagi projek berskala besar.

Ikuti Kelas Strategi Bisnes di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com/

Topik Seterusnya: Cost Structure (Struktur Kos)