Business Model Canvas: Revenue Stream (2)

Hari ini kita bersambung sedikit lagi tentang Revenue Stream iaitu tentang Mekanisme Harga. Secara umumnya, Mekanisme Harga terbahagi kepada dua iaitu Fixed Menu (Harga Tetap) dan Dynamic Pricing (Harga Dinamik)

Harga tetap:
  1. List price (harga tersenarai)
  2. Product feature dependant (Bergantung kepada ciri produk) – contoh: model kereta Toyota Camry mempunyai beberapa varian di mana harganya bergantung kepada saiz enjin dan bodykit
  3. Customer Segment Dependant (Bergantung kepada segmen pelanggan) – contoh: harga tiket Aquaria berbeza untuk pelajar dan pelancong biasa
  4. Volume Dependant (Bergantung kepada jumlah pembelian) – contoh: membeli barang secara borong akan membawa kepada harga yang lebih murah

Harga Dinamik

  1. Negotiation (Rundingan / Tawaran)
  2. Yield Management (Pengurusan Hasil) – contoh: Harga tiket AirAsia lebih murah jika dibeli lebih awal. Sistem pula memastikan semua kerusi dipenuhi.
  3. Real-time-market (Pasaran masa nyata) – contoh: jual beli komoditi seperti emas, minyak, perak
  4. Auction (Lelongan)

Ikuti Kelas Strategi Bisnes di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com/

Topik Seterusnya: Key Resources