Sebelum ini kita telah menyentuh beberapa aspek model bisnes. Hari ini kita akan mula menjelajahi tentang Kanvas Model Business. Business Model Canvas merupakan satu pendekatan yang diasaskan oleh Alexander Oesterwalder & Yves Pigneur dalam mencipta dan menilai model bisnes. Dalam satu halaman, pendekatan ini dapat merangkumi semua elemen-elemen penting bisnes tanpa berisiko menjadi terlalu ringkas.
Setiap kanvas mempunyai 9 blok asas seperti berikut:
![]() |
1. CS – Customer Segment (Segmen Pelanggan) 2. VP – Value Proposition (Tawaran Nilai) 3. CH – Channels (Saluran) |
![]() |
4. CR – Customer Relationship (Perhubungan Pelanggan) 5. R$ – Revenue Stream (Aliran Pendapatan) 6. KR – Key Resources (Sumber Utama) |
![]() |
7. KA – Key Activities (Aktiviti Utama) 8. KP – Key Partnership (Rakan Utama) 9. C$ – Cost Structure (Struktur Kos) |
Setelah melihat pandangan luas tentang topik ini bermula esok kita akan melihat satu persatu blok-blok kanvas ini bermula dengan Segmen Pelanggan, InsyaAllah.
Ikuti Kelas Strategi Bisnes di http://kelasstrategibisnes.blogspot.com/
Topik Seterusnya: Customer Segment (Segmen Pelanggan)