Business Model Masa Hadapan

Kita bertemu lagi hari ini dan saya teringat sesuatu untuk disambung lagi tentang Business Model. Semalam dalam bahagian Business Model Canvas: Cost Structure saya menyebut bahawa pengeluaran produk fizikal mempunyai kos tetap yang tinggi.
Namun saya teringat entri saya sebelum ini tentang gelombang perubahan yang akan dibawa oleh pencetak 3D. Pencetak 3D mengubah Business Model kerana bisnes pengeluaran boleh berubah daripada Cost Structure Fixed Cost kepada Variable Cost serta Customer Segment Mass Market kepada Niche.

Modal permulaan bukan lagi berjuta-juta tetapi berpuluh-puluh ribu sahaja. Kemudian bayangkan pula apabila setiap daerah mempunyai pusat pencetak 3D seperti setiap daerah sekarang mempunyai pusat percetakan digital. Bagaimana agaknya rupa model bisnes pada waktu itu?