Copyright, Patent & Trademark

Konsep Asas

Sebelum kita pergi lebih jauh mengenali copyright (hakcipta), patent (paten) dan trademark (cap dagangan) ada baiknya kita semua memahami konsep asas ini:

  1. Idea tidak dilindungi
  2. Penzahiran idea itu yang dilindungi

Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu mempunyai idea untuk menulis tentang Kucing Angkasawan dia tidak mempunyai sebarang hak sehinggalah idea itu dijadikan cerpen atau novel. Sekiranya sudah ada orang lain yang terlebih dahulu menulis tentang Kucing Angkasawan, orang yang mula-mula mempunyai idea tidak mempunyai sebarang hak.

Contoh-contoh Harta Intelek & Instrumen Perlindungan

Dilindungi bawah Hakcipta

  1. Novel
  2. Cerpen
  3. Animasi
  4. Lagu
  5. Komik
  6. dan sebagainya…

Dilindungi bawah Paten

  1. Ubat-ubatan
  2. Formula bahan kimia
  3. Algoritma
  4. dan sebagainya…

Dilindungi bawah Cap Dagangan

  1. Logo syarikat
  2. Nama produk
  3. dan sebabaginya…

Pendaftaran

Tiada pendaftaran diperlukan untuk copyright; namun ada prosedur tertentu untuk patent dan trademark.

Copyright (Hakcipta)

Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut :­

  •     usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
  •     karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan;
  •     penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
  •     karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Hakcipta berkuatkuasa sehingga 50 tahun selepas kematian pencipta asal.
 
Patent (Paten)

Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan oleh pihak kerajaan untuk suatu rekacipta baru sama ada ia adalah satu produk atau satu proses. Perlindungan Paten adalah selama 20 tahun dari tarikh pemfailan

Paten akan dianugerahkan apabila ia menepati ciri-ciri berikut:

  •         Baru (Novelti)
  •         Melibatkan langkah merekacipta
  •         Boleh digunakan dalam mana-mana industri.


Trademark (Cap Dagangan)

“………Bermaksud cap yang digunakan / dicadang untuk digunakan bagi tujuan menunjukkan hubungan antara barangan / perkhidmatan dengan pemilik / pengguna berdaftar cap dagangan tersebut di dalam urusan perniagaan……..”

Cap Dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut.

Cap Dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna mengenali dan mengaitkan suatu keluaran dengan peniaga tertentu.

Cap Dagangan atau lebih  dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau tanda niaga ialah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Dapatkan eBook Business Model Canvas Malaysia Edisi Ekstra di Downloadilmu.