Faktor Undang-Undang & Key Resources

Undang-undang juga boleh memberi kesan dalam pemerolehan Key Resources. Sebagai contoh, katakan ada seseorang mahu menjual pengesan perangkap laju di Malaysia. Peralatan tersebut adalah haram di Malaysia dan oleh itu stok tidak dapat dibawa masuk. Jika Key Resources tidak dapat dibawa maka nanti Key Activities menjualnya juga tidak dapat dilakukan.
Dalam skala yang lebih besar, kita boleh lihat kes Lynas. Tanpa kebenaran daripada kerajaan, syarikat asing tersebut tidak akan berani membawa masuk bahan radioaktif ke dalam negara. Dalam masa yang sama pula, golongan masyarakat yang prihatin mempunyai persepsi bahawa kerajaan bertindak sebagai Key Partner yang berkepentingan dalam projek tersebut.
Setakat ini hanya lesen operasi sementara untuk 2 tahun yang telah dikeluarkan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Perkara ini menggugat business model Lynas kerana pembukaan kilang di Malaysia bermakna value proposition Cost Reduction kepada mereka. 
Ada kalanya, undang-undang hanya memberi kekangan sementara kepada sesuatu key rescources. Sebagai contoh, katakan sebuah cerpen saya terbit dalam majalah Dewan Kosmik pada bulan November dan dalam masa yang sama saya mahu menerbitkan antologi cerpen saya. Saya harus tunggu sehingga tempoh eksklusif penerbitan cerpen tersebut oleh Dewan Kosmik tamat pada bulan Disember sebelum saya dapat memasukkan cerpen tersebut dalam antologi cerpen saya.
Esok kita akan lihar pula kesan undang-undang terhadap Value Proposition, InsyaAllah.