Gambar Zaman Muda Ustaz Ebit Lew

Gambar Zaman Muda Ustaz Ebit Lew

Sejujurnya saya tak kenal sangat Ustaz Ebit Lew semasa zaman sekolah. Semasa saya Tingkatan 5 beliau di Tingkatan 6. Oleh kerana beliau datang dari sekolah lain jadi tidaklah mesra sangat seperti senior-senior yang lain.

Saya ada gambar sebab saya ahli Sidang Redaksi majalah sekolah di bahagian grafik dan fotografi. Ustaz Ebit Lew memang selalu bacakan doa di perhimpunan dan bagi tazkirah di surau. Gaya ceramah beliau memang mampu membuatkan orang menangis dari dulu lagi.

Nampaknya apa yang dibuat semasa sekolah menengah terbawa-bawa sampai sekarang. Ustaz Ebit Lew berceramah sampai sekarang dan saya pun sampai sekarang angkat kamera.