Getting Real: Apakah Idea Besar Anda?

Tetapkan Satu Visi App Anda

App anda dibuat untuk apa sebenarnya? Apakah idea besar di sebaliknya? Sebelum anda mula design atau programming apa-apa anda perlu tahu tujuan produk anda – visinya. Fikirkan secara besar. Mengapa produk tersebut wujud? Apa yang membezakannya dengan produk-produk lain?
Visi ini akan memandu keputusan anda dan memastikan anda istiqamah di jalan yang dipilih. Apabila ada pilihan yang perlu dibuat anda boleh fikirkan, “Adakah kita masih kekal pada visi yang sama?”
Visi anda harus ringkas dan padat. Satu ayat sepatutnya cukup untuk menyampaikan idea. Berikut adalah visi di sebalik produk-produk kami.
  • Basecamp: Pengurusan projek adalah komunikasi
  • Backpack: Mengikat perkara-perkara kecil dalam hidup
  • Campfire: Group chat menggunakan IM sangat leceh
  • Ta-Da List: Bersaing dengan Post-It Note
  • Writeboard: Microsoft Word terlalu overkill untuk kebanyakan kerja
Contohnya dengan Basecamp, visi kami adalah adalah “Pengurusan projek adalah komunikasi”. Pendirian kami adalah komunikasi efektif dalam projek membawa kepada pemilikan bersama, penglibatan, pelaburan dan pelaburan. Ia membawa semua orang dalam dalam satu wadah untuk mencapai matlmat bersama. Kami tahu sekiranya Basecamp boleh mencapai perkara ini, semua yang lain tidak perlu dirisaukan.
Visi ini membawa kami menjadikan Basecamp terbuka dan telus sejauh mana yang boleh. Kami memberi akses kepada klien juga dan tidak mengehadkan kmunikasi dalam syarikat sahaja. Kami tidak terlalu memikirkan kawalan akses dan lebih kepada menggalakkan semua yang terlibat untuk mengambil bahagian. Visi ini membawa kami meninggalkan carta, graf, jadual, laporan, statistik serta spreadhseet dan sebaliknya memfokuskan kepada elemen komunikasi seperti mesej, komen, to-do list dan berkongsi fail. Buat keputusan besar tentang visi anda dari awal dan semua keputusan kecil di masa akan datang akan menjadi lebih mudah.
Falsafah Papan Putih
Pernah sekali saya dan Andy Hunt menulis modul transaksi kad debit. Keperluan utama adalah pengguna kad debit tidak seharusnya mempunyai transaksi yang sama dicaj dua kali kepada akaun mereka. Dalam erti kata lain, tidak kira apa kegagalan sistem yang berlaku maka sistem tidak akan memproses transaksi dan tidak mengulang transaksi. Maka, kami tulis besar-besar di papan putih; Jaga kepentingan pelanggan.
Falsafah tersebut menjadi sebahagian daripada koleksi falsafah kami yang memandu keputusan kami apabila membina sesuatu yang kompleks. Falsafah-falsafah ini memberi konsistensi dalam dan luaran yang kuat pada aplikasi kami.
Dave Thomas, The Pragmatic Programmers
Cipta Mantra
Organisasi memerlukan penanda arah. Mereka perlukan panduan; pekerja perlu tahu apa tujuan mereka bangun berkerja setiap hari.  Panduan tersebut harus ringkas dan padat serta menyeluruh; Mengapa anda wujud? Apa yang memotivasikan anda? Ini adalah mantra – tiga empat ayat menerangkan mengapa anda wujud.

Guy Kawasaki



Anda seorang freelancer yang sudah bosan dengan bayaran murah dan klien yang tidak memahami? Sertai kami di link ini.