Getting Real: Terima Kekangan

Biarkan halangan memandu anda ke arah penyelesaian kreatif.
Dalam dunia akan ada sahaja perkara yang tidak cukup. Tidak cukup masa, tidak cukup duit, tidak cukup orang.
Itu adalah perkara yang bagus.
Daripada asyik tertekan dengan kekangan ini, terimanya dengan hati yang lapang. Biarkan kekangan ini memandu anda. Kekangan memacu inovasi dan memaksa and fokus. Anda tidak perlu berusaha menghilangkannya sebaliknya menggunakannya sebagai kelebihan anda.
Semasa 37signal membina Basecamp, kami mempunyai banyak kekangan. Antaranya:
  • Firma design yang perlu diuruskan
  • Kerja-kerja dengan klien sedia ada
  • Perbezaan masa sebanyak 7 jam (David di Denmark dan kami yang lain semuanya di Amerika Syarikat)
  • Pasukan yang kecil
  • Tiada dana luar
Pada awalnya kami merasa gundah gulana atas kekerdilan kami. Maka kami kecilkan skop kami supaya kami dapat menanganinya. Kami ambil tugas yang besal dan pecahkannya kepada komponen-komponen kecil yang diselesaikan satu persatu. Kami bergerak sedikit demi sedikit dan menyusun keutamaan di sepanjang jalan.
Keadaan ini memaksa kami mencipta penyelesaian kreatif. Kami menurunkan kos kami untuk berubah dengan sentiasa menulis kod yang lbeih pendek. Kami memberikan pelanggan fungsi yang sekadar secukupnya untuk menyelesaikan masalah mereka dengn cara mereka – kemudian kami biarkan mereka. Perbezaan masa dan jarak yang jauh membuatkan kami lebih efisyen dalam berkomunikasi. Oleh kerana kami tidak bersemuka, kami berkomunikasi hampir sepenuhnya melalui IM dan emel yang memaksa kami terus ke poin utama.
Kekangan selalunya mengandungi hikmah tersembunyi. Lupakan tentang venture capital, tempoh pembangunan yang panjang dan mengambil pekerja dengan pantas. Sebaliknya, berkerja dengan apa yang ada di tangan anda.
Lawan Lewah
Apa yang disebut sebagai ‘creeping elegance’ mungkin lebih baik disebut sebagai kelewahan feature. Lewah adalah berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara sehingga melimpah dan membazir. Ubatnya adalah tarikh mati yang menghimpit. Ini memaksa feature dibuang berdasarkan masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Ini selalunya kerana feature yang paling berguna selalunya mengambil masa paling lama untuk dihasilkan. Oleh itu kombinasi kelewahan dan tarikh mati menghasilkan software yang sudah muak kita termui, mengandungi banyak feature yang tidak berguna.

Jef Raskin, penulis (Why Software Is The Way It Is)