Had Positioning I

Positioning yang berjaya sekalipun mempunyai had yang tersendiri. Apabila sesuatu jenama sudah mencapai tempat pertama dalam sesuatu kategori, sukar baginya untuk menang dalam kategori lain. Ini kerana positioning adalah untuk mendapatkan satu tempat yang menguntungkan dalam minda pelanggan.

Sebagai contoh, Ramly telah mendapat tempat pertama dalam kategori burger jalanan. Apabila mereka mahu membuka kedai makanan segera ala McDonalds, mereka tidak berjaya. Jenama Ramly sudah sebati dengan burger jalanan dan orang tidak mahu makan burger Ramly dalam setting pasaraya. Namun orang masih mahu beli burger Ramly di seksyen makanan sejuk beku di pasaraya. Itu pun keudukannya sudah nombor dua atau tiga berbanding jenama seperti Ayamas.