Kembali Bekerja

Alhamdulillah, kita bertemu semula setelah tempoh cuti yang agak panjang. Pada 15-16 Ogos yang lalu saya bersama Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Fazrul Ismail telah menghadiri Business Model Workshop & Masterclass di Singapura. Kami berkesempatan belajar terus daripada para penulis Business Model Generation iaitu Dr. Alex Osterwalder & Dr. Yves Pigneur serta desainer Alan Smith.

Di sana, kami mengesahkan pemahaman kami dalam subjek Business Model Canvas dan dalam masa yang sama mendalami lebih lanjut ilmu ini. Sebagai contoh, kami belajar tentang perkara-perkara yang berkait dengan Business Model tetapi terletak di luar Business Model Canvas.

Saya menunjukkan sampel lembaran kerja yang saya buat untuk Bengkel Business Model Canvas kepada Dr. Yves dan beliau suka dengan pendekatan saya. Setakat ini, lembaran kerja ternyata membantu pemahaman para peserta dan saya tidak perlu membosankan peserta dengan menerangkan senarai demi senarai.
Paling penting, akhirnya kami menerima sijil rasmi daripada mereka. 

Buat masa ini, belum ada program Certified Trainer yang khusus bagi Business Model Canvas. Oleh itu, sijil seperti ini sahaja yang menjadi pengiktirafan rasmi. Dr. Yves Pigneur menerangkan lesen bagi latihan dan buku Business Model Canvas adalah masih terbuka serta tidak memerlukan perlesenan khusus. InsyaAllah, eBook dan buku Business Model Canvas edisi Malaysia juga akan menyusul tidak lama lagi.

Kepada tuan-tuan yang berminat mengikuti kelas Model Bisnes kepada Pelan Pemasaran pada 8 September boleh mendaftar di sini. Juga ikuti entri terkini melalui laman FB rasmi.