Kembali Dari Cuti

Alhamdulillah, setelah seminggu saya kembali menulis di sini. Separuh masa pertama percutian saya adalah ke Langkawi – pada bahagian ini saya betul-betul bercuti. Malah iPad saya turut ditinggalkan di rumah.


Pulang sebentar ke Kuala Lumpur saya meneruskan perjalanan ke Singapura pula. Masuk bahagian kedua saya separa bekerja kerana pergi berjumpa beberapa orang rakan dan sifu Dr. Yves Pigneur bagi membincangkan beberapa perkara bisnes. Kali ini saya bawa iPad tetapi laptop masih ditinggalkan supaya tidak gila kerja.

Kembali dari bercuti turut bermakna beberapa perubahan gerak kerja. Laman web www.malaysianbusinessmodel.com akan saya ubah menjadi blog Bahasa Inggeris. Saya juga akan menghasilkan versi penuh eBook Business Model Canvas Malaysia yang disasarkan akan mengandungi 70 halaman berbanding 30 halaman lebih yang ada dalam versi percuma sekarang ini. Secara strategiknya, saya akan menumpukan kepada pembangunan konten dan sistem dalam tempoh penghujung 2012 yang masih berbaki ini.