Kenapa Kitab Muqaddimah Tidak Diajarkan di Masjid & Pondok?

Mengapa kitab ini tidak jadi 'kitab kuning'?

Kenapa Kitab Muqaddimah Tidak Diajarkan di Masjid & Pondok?

Sepanjang mengadakan Usrah Buku Muqaddimah karangan Ibn Khaldun, satu soalan kerap timbul. Kenapa kitab ini tidak dijadikan silibus di masjid dan pondok?

Dalam usaha menjawab persoalan ini kami patah balik ke zaman al-Ghazali.Apa yang menarik perhatian adalah iklim politik yang melatari pendidikan dan karier al-Ghazali. Pergolakan bersilih ganti dan institusi madrasah Nizamiyyah ditubuhkan sebagai alat politik dalam menstabilkan masyarakat.

Tokoh yang mendominasi waktu itu adalah Nizam al-Mulk, wazir agung di zaman pemerintahan Alp Arslan & Malik Shah. Beliau telah merintis bidang Sains Politik dengan kitab Siyasatnama (Book of Government) atau Siyar al-mul√Ľk (The Manners of Kings). 440 tahun sebelum Machiavelli menulis The Prince!