Jadikan Klik Sebagai Conversion Goal

Jadikan Klik Sebagai Conversion Goal

Kaedah biasa untuk menjejak Goal dalam Google Analytics adalah apabila pengunjung website pergi ke halaman yang ditetapkan. Tetapi bagaimana jika Goal yang kita mahukan berada di luar domain yang kita kawal? Contohnya link WhatsApp, BillPlz atau platform ecommerce.

Dalam contoh ini kita fokus menggunakan plugin GADWP untuk WordPress. Setelah install dan activate plugin, pergi ke Google Analytics > Tracking Code dari menu sebelah kiri WordPress anda.

Buka tab Events Tracking dan klik on pada ‘track downloads, mailto, telephone and outbound links’.

Klik Save Changes untuk simpan setting.

Seterusnya pergi ke akaun Google Analytics anda di bahagian Admin > Goals.

Klik New Goal

Bawah Goal Setup pilih Custom dan klik Continue.

Isikan nama Goal dalam Goal Description > Name. Pilih Type > Event.

Klik Continue.

Goal Details pula adalah seperti berikut:

Category = outbound
Action = click
Label = [link yang mahu dijejak]
Value > [biarkan kosong]

Akhir sekali, tekan Save. Sekarang setiap klik terhadap sebarang butang atau teks yang mengandungi link ni akan dikra sebagai satu Goal Conversion.