The Law of the Few: Salesmen

Menyambung daripada siri entri sebelum ini, hari ini kita akan lihat apa itu Salesmen. Dalam konteks Tipping Point, Salesmen bukanlah mereka yang menjual barang atau perkhidmatan tetapi mereka yang mempunyai kuasa persuasif yang tinggi.

Individu-individu biasa jarang mempunyai kuasa untuk meyakinkan orang ramai melakukan sesuatu. Lazimnya, kita hanya dapat membuatkan seseorang melakukan sesuatu apabila kita berkuasa memberikan arahan. Jika tidak, saranan kita tidak berkesan dan apa yang kita perkatakan dilupakan begitu sahaja.

Berbeza pula dengan Salesmen, mereka mampu memujuk orang lain melakukan sesuatu hanya dengan kata-kata mereka. Individu seperti ini sangat persuasif dan pandai memilih kata-kata yang persuasif. Memang ramai yang mempunyai bakat ini bekerja sebagai jurujual namun ramai juga yang menjadi pendakwah atau aktivis.

Secara kesimpulannya, hubungan antara Connector, Maven & Salesmen adalah seperti dalam rajah berikut:

Adaptasi dari entri di blog InnovationLabs.

Alhamdulillah, kita sudah selesai bahagian The Law of the Few. Esok kita akan ke bahagian Stickiness sebelum ke Power of Context dan bab bonus Tipping Point Leadership. Sekiranya tuan-tuan mahu mendapat sambungan entri ini pada hari-hari berikut secara terus ke inbox, langgan blog ini melalui kotak di bawah:

Masukkan emel tuan:

Dikuasakan oleh FeedBurner