Mahu Menulis Tentang Apa?
Apabila mengendalikan kursus penulisan, antara soalan yang kerap ditanya oleh para peserta adalah, “Saya patut menulis tentang apa?”
Antara jawapan saya adalah, “Lihat sahaja rak buku tuan, topik yang paling banyak itulah yang patut tuan tulis.”
Sebagai manusia, kita tidak mampu mencipta sesuatu daripada kosong – dari tiada apa-apa. Bahan utama untuk menghasilkan teks adalah teks yang disimpan dalam kepala kita. Maka, bahan bacaan itulah yang menjadi bahan utama penulisan.
Menulis tentang topik yang kita tidak pernah baca dan alami akan menjadi sangat sukar kerana kita tidak tahu istilah-istilah . Kita juga tidak arif tentang laras bahasa yang harus digunakan.
Sebagai contoh, sangat tidak mungkin seseorang itu dapat menulis tentang undang-undang tanpa pernah membaca buku tentang akta. Juga tidak mungkin menulis tentang Islam tanpa satu mushaf al-Quran.
Namun, memiliki buku sahaja tidak cukup kerana tanpa pemahaman kita tidak dapat mengolah idea. Ada juga masanya kita perlu melalui pengalaman tertentu dan ‘memeram’ idea-idea tersebut sebelum cukup masak untuk ditulis.
Apa yang pasti, penulisan itu bermula daripada membaca!
– Posted using BlogPress from my iPad
Location:Jalan Damai 3,Bentong,Malaysia