One Shot Film Challenge @ SINAR: Edisi Tanpa Dialog

Selepas cuti Merdeka, saya minta mereka ulang sekali lagi One Shot Film Challenge. Kali ini lebih sukar kerana mereka tidak dibenarkan bersuara dan masa dipendekkan daripada sejam kepada 45 minit sahaja.

Alhamdulillah, mereka berjaya menyiapkan walaupun sebelum itu berasap tasmi’ hafazan Quran. πŸ˜€

Makan


Pandu


Apabila kami review kembali, mereka nampak beberapa ruang untuk penambahbaikan. Antaranya dari segi kamera movement. Filem Makan sepatutnya zoom bila watak terjumpa perkara yang dia tidak sukai dalam makanannya. Kamera pula boleh digoyangkan lagi dalam filem Pandu bagi menguatkan keadaan watak yang mengantuk.

Seperkara lagi adalah aspek bunyi. Saya terlupa beritahu mereka hanya tidak boleh menggunakan dialog tetapi sound effect masih boleh digunakan!