Pemergian Seorang Guru

Pemergian Seorang Guru

Pagi ini dapat mesej dari Shakir melalui Telegram mengatakan Cikgu Amir Ismail telah meninggal dunia jam 7.15 pagi. Khabar datang melalui Ashraf Rostam, sahabat sepengajian kami di SMART.

Cikgu Amir mengajar saya subjek sejarah semasa Tingkatan 2 kalau tidak silap. Subjek yang bosan tetapi jadi hidup dan seronok dengan beliau. Beliau juga tidak menekankan hafal fakta semata-mata tetapi turut mengajak kami berimganasi bagaimana jika sejarah mengambil simpang yang lain. (Mungkin sebab itu sampai sekarang saya minat genre Alternate History).

Saya tidak berjumpa beliau sejak beliau berpindah ke Miri. Hanya mendengar khabar melalui pakcik saya yang kebetulan bertugas sebagai guru di Sarawak pada masa itu.

Melihat posting di Facebook beliau ternyata beliau mempunyai ratusan bahkan ribuan lagi anak murid selepas saya dan semuanya mempunyai ingatan tulus dengan beliau. Semoga apa yang beliau curahkan kepada kami menjadi ilmu yang bermanfaat yang membawa pahala berterusan kepada beliau.

Amin.

Amin.