Perkara Yang Usahawan Selalu Terlupa

Jurang antara usahawan dengan pelanggan.

Selalunya seseorang yang menjadi usahawan yang mencipta produk baru fikirannya memang lain daripada orang-orang 'normal'. Jika tidak, maka tidaklah dia memilih kerjaya yang tidak 'normal'.

Namun harus diingat bahawa kebanyakan pelanggan adalah orang-orang 'normal' yang mempunyai sistem nilai yang berbeza. Kegagalan memahami perkara ini akan menyebabkan usahawan gagal menjual produknya di pasaran.

Usahawan selalunya rajin maka perkara yang dianggap senang sebenarnya sukar bagi pelanggan. Perkara yang dianggap murah pula dianggap mahal oleh pelanggan. Begitu juga sebaliknya.