Permission Marketing: Perancangan

Permission Marketing memerlukan perancangan dan usaha yang sedikit lebih berbanding mass marketing. Mass Marketing cukup dengan satu iklan dan ditebarkan kepada seberapa ramai orang. Lebih mudah dikatakan, mass marketing adalah ibarat peluru tabur. Kalau ada yang terkena, nasiblah.

Permission Marketing tetap menggunakan mass marketing pada peringkat awal namun selepas itu penjual harus bersedia untuk terus ‘berbual’ dengan prospek. Perlu ada ‘silibus’ bagi perbualan tersebut supaya kempen pemasaran menjadi berstruktur dan teratur.

Tetapi bagaimana pula apabila dalam perbualan dengan prospek kita mendapati keperluan prospek adalah berbeza daripada apa yang kita tawarkan? Mudah sahaja, beritahu prospek di mana dia boleh mendapatkan apa yang dicari.

Sikap professional seperti ini akan menyebabkan pelanggan suka kepada kita dan akan kembali lagi sekiranya dia memerlukan kita kelak. Jangan sesekali cuba memaksa pelanggan menerima tawaran kita atau cuba-cuba mengadakan sesuatu yang bukan kepakaran kita. Lebih baik rugi sedikit kerana tidak dapat menjual kepada prospek pada masa tersebut berbanding mengalami kejatuhan reputasi.
Seterusnya kita lihat pula tentang 5 taraf pelanggan.
<< Sinergi One-to-One Marketing & Mass Marketing | Lima Taraf Pelanggan >>