Permission Marketing: Tahap Keizinan Situasi

Kita sudah sampai ke tahap keizinan terakhir yang dikenali sebagai situasi – di mana pelanggan dan penjual berpeluang bertemu. Kebiasaannya, situasi tersebut tidak terancang.

Contoh paling mudah adalah gerai di tepi jalan, penjaja tersebut mendapat Tahap Keizinan Situasi apabila seseorang kebetulan lalu di situ dan singgah. Sekiranya pelanggan tersebut berpuas hati dengan produk yang dijual, dia mungkin akan singgah lagi. Namun, sekiranya penjaja tersebut mengalihkan gerainya pelanggan tersebut tidak dapat mencari kedai tersebut. 
Tahap Keizinan Situasi juga boleh digunakan untuk membuat ‘upselling’. Sebagai contoh, apabila seorang pelanggan membeli di KFC, cashier tersebut akan bertanya “Mahu tambah Cheesy Wedges?”. Mereka menggunakan sebaik-baiknya keizinan tersebut sebagai peluang untuk menambah pendapatan.
<< Tahap Keizinan Reputasi Jenama | Salah Guna Keizinan I >>