Kitaran yang hendak dipacu dalam Lean Startup adalah Bina-Ukur-Belajar (Build-Measure-Learn). Usahawan menukar idea menjadi produk (rujuk MVP), mengukur respon daripada pelanggan dan kemudiannya belajar sama ada untuk meneruskan idea sedia ada atau mengubahnya.

Sebagai contoh, dalam projek DVD Ibrah Surah al-Kahfi saya dan Shakir melalui sekurang-kurangnya dua kitaran ini. Pada pusingan pertama kami melakukan tinjauan dan undian tentang topik yang dikehendaki. Daripada respon itulah barulah kami meneruskan ke pusingan kedua.

Pada pusingan kedua pula kami menawarkan pre-order bagi topik yang mendapat undian tertinggi pada pusingan pertama. Dalam kedua-dua pusingan kami mengukur menggunakan borang Google Docs yang mudah dan skrip autoresponder percuma yang diletakkan di blog. Ya, solusi IT kami juga berbentuk MVP dan tidak menghabiskan banyak wang untuk membina laman web. Daripada kedua-dua pusingan itu kami dapat mengukur banyak perkara tentang pelanggan.

<< Pembelajaran Yang Disahkan | Perakaunan Inovasi >>