Eksperimen bermula dengan andaian, hipotesis tentang apa yang dijangkakan akan berlaku. Tujuan eksperimen adalah untuk mendapatkan data sebenar apabila idea bertemu realiti.

Sebagai contoh, pengembara yang hendak ke Bangkok mempunyai motosikal berkuasa tinggi. Di atas kertas, kelajuan maksimanya adalah 250km/j. Tetapi tentunya itu mustahil untuk dicapai sepanjang perjalanan.

Oleh itu, pengembara tersebut mengandaikan kelajuan yang boleh dicapai adalah 200km/j. Dia tidak kisah akan saman ekor, AES atau dikejar polis. Maka dia melakukan eksperimen dengan menunggang ke Ipoh. Beliau mendapati kelajuan yang boleh dikekalkannya adalah sekitar 170km/j. Berbekalkan data sebenar tersebut, beliau kini dapat membuat jangkaan yang lebih tepat tentang jumlah masa yang diperlukan.

Begitu juga dengan startup – contohnya apabila seorang usahawan melancarkan produk baru. Beliau mungkin menjangkakan produk barunya dapat menjana jualan RM10000 sebulan dan beliau membuat unjuran untuk membeli kedai baru dalam masa 6 bulan. Tetapi hasil eksperimen sebenar menunjukkan jualan hanyalah RM5000. Ini memaksanya menukar unjuran mendapatkan kedai baru dalam masa 12 bulan pula.

<< Eksperimen | Build-Measure-Learn Feedback Loop >>