The Lean Startup: Enjin Apa Pilihan Usahawan

Dalam entri sebelum ini kita telah lihat bagaimana seorang pengembara telah memilih cara perjalanan untuk sampai ke Bangkok daripada Kuala Lumpur. Tiada sebarang had masa dan bajet dikenakan. Juga tiada sebarang syarat tentang apa yang perlu dibawa dan perlu diambil.

Bagaimana kalau dia perlu membawa kargo sebesar rumah? Mungkin kapal kargo adalah pilihan terbaik walaupun mengambil masa yang lebih lama. Namun jika kargo sebesar rumah tersebut boleh diceraikan, pesawat mungkin masih boleh menjadi pilihan. Lain pula halnya jika tiada had masa dan mahu singgah di banyak tempat mungkin boleh naik motosikal berkuasa tinggi atau kereta.

Pendek kata, tiada jawapan betul atau salah. Semuanya bergantung apa yang mahu dicapai dan segala keputusan pivot serta optimisasi tergantung kepada objektif yang hendak dicapai.

Begitu juga bagi startup, usahawan itu sendiri yang menetapkan halatuju. Kemudian beliau memilih strategi dan produk yang sesuai dengan sumber yang ada. Di sepanjang jalan beliau mungkin akan memperolehi sumber tambahan yang membolehkannya menukar strategi dan produk untuk mencapai tujuannya dengan lebih pantas.

<< Hidupkan Enjin Anda! | Eksperimen >>