The Lean Startup: Hidupkan Enjin Anda!

Setiap usahawan mempunyai visi atau wawasan dalam bisnes. Dalam usaha mencapai visi tersebut, dia memilih dan menggunakan strategi tertentu. Produk dan perkhidmatan pula dihasilkan seiring dengan strategi yang dipilih.

Produk sentiasa diperbaiki dan ditingkatkan melalui proses optimization serta penambahbaikan. Namun adakalanya strategi itu sendiri yang perlu ditukar. Perubahan ini dipanggil pivot atau putaran paksi.

Bayangkan ada seorang pengembara dari Kuala Lumpur hendak ke Bangkok. Beliau sudah ada visi yang jelas iaitu destinasinya Bangkok. Beliau memilih jalan darat sebagai strateginya. Kenderaan iaitu produk pilihan adalah kereta.

Sepanjang perjalanannya beliau mengubahsuai keretanya menjadi lebih pantas dan lebih selesa iaitu proses optimization. Namun dalam perjalanan mungkin beliau boleh memilih untuk menukar kenderaan (produk) kepada keretapi. Beliau juga boleh membuat perubahan lebih radikal dengan menukar strategi melalui jalan darat kepada laluan udara! Beliau boleh melakukan pivot menaiki pesawat pula berbanding terus meningkatkan keupayaan kenderaan daratnya. Ternyata menaiki pesawat lebih selesa dan pantas dan beliau tiba dalam masa dua jam sahaja.

<< Perakaunan Inovasi | Enjin Apa Pilihan Usahawan? >>