The Lean Startup: Lean Production System

Lean Production System adalah satu pendekatan pengeluaran yang melihat sebarang penggunaan sumber selain untuk penciptaan nilai bagi pelanggan sebagai satu pembaziran. Secara asasnya, Lean adalah mengekalkan nilai dengan jumlah kerja yang kurang.

Mass production tradisional menggunakan kilang yang berbeza untuk produk berbeza dengan tahap peengeluaran dioptimumkan semaksima mungkin

Mass production selama ini menumpukan kepada peningkatan produktiviti dengan mengoptimumkan sesuatu kilang atau production line. Kilang menjadi semakin khusus untuk menghasilkan satu produk. Peralatan dan prosedur yang digunakan menjadi semakin khusus dan terperinic. Keuntungan diperoleh melalui kos yang semakin rendah apabila semakin banyak produk dihasilkan. Namun, penghasilan produk yang banyak secara murah tidak bermakna sekiranya produk yang dihasilkan rosak ataupun tidak mendapat permintaan yang cukup dari pelanggan.

Lean Production pula lebih fleksibel dalam menghasilkan produk dan mampu mengubah output berdasarkan permintaan.

Lean Production System pula lebih fleksibel di mana sebuah kilang boleh menghasilkan pelbagai produk. Peralatan dan prosedur yang digunakan juga lebih terbuka serta boleh diadaptasi mengikut keperluan. Kos menghasilkan setiap produk mungkin tidak serendah menggunakan kaedah mass production tradisional tetapi Lean Production System memastikan pengeluaran sentiasa sepadan dengan permintaan pelanggan.

<< Definisi Startup | Definisi Lean Startup >>