The Lean Startup: Lima Prinsip Kaedah Lean Startup
Berikut adalah lima prinsip kaedah Lean Startup
- Usahawan ada di mana-mana! Tidak kira di dalam syarikat gergasi, kerajaan, NGO atau syarikat kecil.
- Keusahawanan adalah pengurusan. Menjadi usahawan bukan melakukan kerja secara ‘main redah’ sahaja. Usaha yang dilakukan perlu diuruskan tetapi pengurusannya berbeza berbanding pengurusan korporat syarikat yang sudah stabil.
- Validated Learning (Pembelajaran yang disahkan). Startup terus belajar melalui siri eksperimen bagi menguji wawasan mereka.
- Build-Measure-Learn (Bina-Ukur-Belajar). Inilah kitaran yang harus dipacu dalam startup
- Innovation Accounting (Perakaunan Inovasi). Startup memerlukan sistem perakaunan yang berbeza bagi menjejaki usaha yang telah dilakukan selama ini dan menetapkan gol-gol seterusnya.